Entry: saje je.. Friday, February 23, 2007



 

Aku half day arinie..!!

 

Ada sesuatu yang memaksa aku untuk melangkah pergi buat sementara. Sekadar mencari kedamaian dihati. Aku pergi bukan kerana aku telah kalah namun aku pergi kerana telah dikesani aku hanyalah pelabuhan sepi. Mengharap adanya kapal yang sudi berlabuh bagi memberikan setitis keceriaan untukku mengukir senyuman. Tetapi bisakah untukku terus mengharung gelombang di laut dalam.. Atau lemaskah aku nanti kala semangatku menyembah bumi??  Chewahhhhhhhhh..!! hikhik..

 

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

 

Aku benornya cuti arinie tapi terpaksa gak datang opis untuk settlekan keje2 yang urgent. Aku x suka tinggalkan keje aku camtu ajer..nak2 kalau aku akan bercuti. So, atas nama pekerja, aku datangla jugak walaupOn sekejap supaya keje2 yang ada tak bertangguh.. hu3..

 

Bila baca entry Cik Diari.. aku pon teringin nak gi jogging ler. Kalau CIk Diari gi jogging sebab nak kuruskan badan, aku plak gi jogging sebab nak mengisi masa terluang. Aku nak memBZkan diri aku sekarang nie. Aku nak carik balik LIFE yang dah lama aku tinggalkan. Dalam erti kata lain.. aku nak jadik SETANNNNNNN balik.. Tak guna aku terus - menerus macam nie. Biarlah aku terus melangkah walaupun hakikatnya aku sendiri x tau mana arah tujuan. Kalau sebelum nie aku jadi terlalu baik, tidak untuk masa yang akan datang. Aku akan cuba ubah untuk jadi SESUKA HATI aku.. Lantak pi la apa orang nak cakap. Aku dah letih.. Aku terlalu letih untuk menghadap sume mende2 nie. LIFE IS SHORT dol..!! so, pandai2 la ko menikmatinya.. muahahahaha ( gelak SETAN )..

 

Aku chalOoOo dulu ler.. Moga kOrang sume bahagia dalam kehidupan kOrang.. itu dOa aku..

 

adios.. amigos..

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments