|
Aku Tidak Di Matamu Pergilah.. Jika kau mahu Pergilah.. Tak usah kembali Tak akan ku pujuk lagi Tak perlu merayu lagi Biarkan saja Semua berlalu Usah dipanjangkan lagi Kelak Makin dalam sedih Yang ku simpan Kau pinta aku memahami Apa yang terlintas dihati Sedangkan kau tidak Malah kau sengaja menyembunyikan Apakah erti Apakah yang kau mahu dariku Rindu.. akan terus mengusik hatiku Rindu.. akan mencungkil kemesraan yang lalu Biarlah aku simpan Secebis kenangan yang manis Walau.. hakikatnya payah untuk aku terima Jika benar ataupun sungguh bagaikan dikata Tak akan aku halang keputusanmu itu Usah ditanya apakah sudahnya selepas ini Biarlah aku dengan cara sendiri Merajuk biar bertempat Memujuk ada batasannya Tak akan ku rujuk walau terpaksa Tak akan ku pujuk andai dipaksa Pandai-pandailah engkau bawa haluanmu Tanpa ku menemanimu.. ************************************************************************* Biarlah aku sendiri… Sukar untuk ku nyatakan apa yang tersirat dihati. Segalanya amat payah untuk ku tempuhi. Benar, aku yang terlalu bermain dengan perasaan. Namun hakikat sebenarnya kasih sayang ini yang sering memaksaku terus bersamamu. Seringkali hatiku terguris dengan sikapmu. Saban waktu makian menjadi santapanku. Aku terima dengan rela hati. Ini kerana aku telah berjanji untuk menelan segala pahit manis yang kau hadiahkan buatku. Tidakkah kau sedar segalanya itu?? Kala kesusahan menjengukmu..kala masalah menerjah mindamu..aku tetap setia disini. Tak kira sekadar menjadi pendengar luahanmu atau membantu selagi dayaku. Aku rela menjadi lilin menerangi kehidupanmu. Andai kesusahan menjadi taruhanku untuk melihat kau gembira.. aku rela. Bukan aku meminta pembalasan atas apa yang ku lakukan. Cukup bagiku andai kau menghargai. Sungguh ku berbesar hati andainya aku tidak kau siakan.. Aku sedar..kau tidak mencintaiku sepertimana aku mencintaimu. Aku yakini dihatimu tiada ruang buatku. Aku redha.. Aku tetap terus menyayangimu seikhlasnya. Biar tuli telingaku mendengar makianmu.. Biar pedih jiwaku menahan seksamu.. namun tidak sesekali aku akan meninggalkanmu. Takkan ku mungkiri janji yang telah terpatri. Janji untuk terus menyayangi sampai akhir nanti.. Kau pintaku untuk memahamimu. Fahami segala yang kau mahu. Namun tidak pernah sekali kau menyatakannya. Tidakkah kau tahu bahawa aku jua manusia biasa sepertimu. Mana mungkin untuk aku memahami segala kehendakmu andai kau tidak meluahkan padaku. Arghh.. rawan jiwaku kini. Hidupku langsung tiada ceria. Senyumku sekadar menutup luka dihati. Gelak tawaku hanya memeriahkan suasana agar tiada insan tahu di dasar hati ini sering bergelut duka. Akhirnya..tanpa ku sangka kau menyatakan sesuatu yang meranapkan segala rahsia kesabaranku. Kau akhirnya berjaya membuatkan aku mengundur diri. Ya, aku sedar kini. Cintaku tidak memberi sebarang erti buatmu. Airmata ini menjadi saksi. Bahawa bukan mudah untukku menerima kenyataan. Melupakanmu satu penderitaan. Itu tandanya dihatiku benar-benar wujud cinta buatmu. Biarlah..aku redha sebagaimana aku redha untuk bersamamu dulu. Mungkin ada rahmat tersendiri kau dan aku tidak sehaluan. Aku ingin bersendiri.. mencari kebahagiaan buat diri sendiri. Yang selama ini sering ku abaikan hanya untuk melihat kau bahagia. Doaku, moga Allah memberkatimu. Sentiasa bersamamu kala susah atau senang. Usah dibebani hidupmu dengan ujian-Nya. Peliharalah kehidupanmu agar bahagia sentiasa. Aku tahu hidupmu sudah cukup terbeban dengan apa yang melanda. Apa yang aku risaukan, siapa yang akan mengingatkanmu untuk mengambil ubat tepat pada waktunya? Siapa yang akan menasihatkanmu jika jalan yang kau susuri jauh tersasar? Siapa yang akan menjadi pengganti ku yang bisa memahamimu?? Ya Allah Ya Tuhanku..permudahkanlah jalan buatnya setelah aku tiada disisinya nanti.. Hari ini, bermula episod baru dalam hidupku. Hari pertama yang akan aku jalani tanpamu menemani. InsyaAllah, akan aku susuri perjalananku ini dengan ketabahan. Biar sesekali terbit kenangan waktu bersama.. Akan ku cuba hindari dari terus mengingati. Bukan tandanya aku sudah membenci namun aku ingin melupakan agar kesedihan yang beraja dihati tidak berkekalan. Maafkan aku kerana terpaksa mungkiri janji yang terpatri.. Moga kau bahagia wahai insan kesayanganku…
( p / s :- Aku perlukan ketenangan.. )
|
| MI$T@ RyZ January 31, 2007 09:21 AM PST acai :~ Thanks yer sbb sUdi tinggalkan sesUatU Utk ryz.. Ryz btOl2 hargainya.. Akan ryz jadikan nasihat acai nie sbg pandUan. Bkn mUdah sbnrnya Utk ryz lUpakan dia mcm tUh jerk acai. Ryz terlalu terseksa kerana terpaksa lUpakan dia.. Ntah knp kali nie ryz menjadi bOdOh hanya sbb dia.. Ryz menci keadaan nie acai.. Ryz btOl2 menci..!! Acai, kehidupan ryz skrg terlalu berbeza. Acapkali kelUhan menjadi mainan bibir. Tiada lagi lagu2 ceria yg ryz alUnkan. Segalanya menjadi pUdar. Apa yg ryz lalUi sekadar memenUhi rUtin seorang manUsia. Airmata?? x payahlah citela. Mmg ryz x tUnjUkkan kesedIhan yg ryz rasai bUt kala sendirian.. Hanya Tuhan yg tahu pe yg ryz pendamkan acai.. Ryz tetap ryz acai.. Ryz tetap jalani kehidUpan spt biasa.. Bezanya cUma pe yg tersIrat dlm ati nie. Gelak tawa ryz x penah lekang dr mulut nie.. apatahlagi senyUman.. tp itu x bermakna ryz bahagia.. Ryz slalU "hilang dalam ramai" acai.. Takpelah.. dengan pe yg acai tinggalkan bUat ryz.. InsyaAllah ryz akan cUba sebaik mUngkin. Ryz taU acai slalU ada dgn ryz.. walaupOn hakikatnya kita jaUh.. Ryz gak taU ryz masih ader org2 yg menyayangi ryz.. mOga2 ada sinar bahagia bUat ryz nanti.. InsyaAllah... | ||
| acai January 30, 2007 12:42 PM PST slm ryz, first time tulis comment kat sini...:) org faham perasaan ryz skrang.. ryz, sy tahu perasaan ryz kat dia sblum ni..dan camne rasenya putus cinta camtu..emm, bagi org mungkin ryz berhak mendapat yg lebih baik..kalaupun dia bersama ryz tidak mustahil dia akan sakiti hati ryz lagi..mungkin.. melepaskan seseorang yg kita cintai dan tahu bahawa kita takkan bersama dia mmg menyakitkan..tapi hati kita akan sembuh jua,hanya berbeza kadar waktunya...pada masa ni mmg ryz nampak dia je yg paling sempurna dlm hidup ryz..jika ryz luaskan pandangan pasti ryz akan jumpa ramai perempuan yg jauh lebih baik sbnarnya..yg takkan menyakiti ryz, yg menyayangi ryz sepenuh hatinya dan sanggup bekorban utk ryz dlm hidupnya..:) jgnla terlalu ditarik2 sangat perasaan tu..cuba sibukkan dengan kerja, hobi dan rekreasi..gila berjogging atau jln2 ngan member2..have fun..:) biarpun ryz tak berenti mengingatinya, cuba buat tak peduli...mulanya mmg susah, tapi lama2 akn biasa juga..percayalah.. jgn berusaha nak talifon atau jumpa dia buat masa terdekat ni...dengan buat camtu ryz hanya menambah parahluka hati ryz je..ryz mcm biar perasaan ryz disakiti skali lagi even mulanya ryz anggap ia sbg kawan je... ryz,ryz kena kembali kepada hidup seperti sediakala..ryz ada masa depan..hidup bukanla segalanya tentang perempuan kan..buktikan yg ryz bleh hidup tanpanya...:)ingat selalu yg cinta bleh jadi perkara yg paling indah sekali tetapi ia juga bleh berubah menjadi pengalaman yg paling buruk untuk dikenang dlm hidup...u just need to be strong and move on..!! | ||
| MI$T@ RyZ January 26, 2007 03:25 PM PST Insyirah : ~ ~ Telah nyata aku tiada dimatanya Insyi.. dan aku yakini dihatinya jua tak pernah terukir namaku. kerana aku tidak pernah wujud dalam hidupnya.. | ||
| Insyirah January 26, 2007 02:10 PM PST mungkin kau tidak di matanya... mana tahu ada di hatinya selalu... ;) jgn sedeh2 yer | ||
| Leave a Comment: |