Adoi lar.. ari sabtu nie ( 28hb ) ada gath Msjbox.. ermm.. rasa macam nak pergi tapi x sUre bley ke tak.. aku bUkan pe.. sekadar nak memeriahkan keadaan.. tapi yang buat aku berkira-kira nak pegi tu sebab banyak agenda yang dah tersedia untuk aku On that day.. iskk.. nak kena memilih nie yang susah nie.. kang salah pilih naya jerk.. hu3..
BenOrnya ati aku nie lebih pada Gath Msjbox tuh.. dah lama rasanya x jumpa kawan2 yang sama2 berkecimpUng dalam dunia blogging nie.. iyerlahkan.. asik tau dari blog memasing jerk nak gak tengok rupa diaOrang.. hu3.. tapi mampU ke aku nak berkejOr ke sana?? Iskk..payah betOl ler.. kalaU la aku bisa memilih.. :D..
Ermm.. tengok jerla nanti.. kalO akU jadi ke sana akU akan bagitau pada Mr. Shai.. Paling lewat pOn ari jumaat nie aku inform k Mr. Shai.. hu3.. Oklah.. nak sambUng wat keje..
Can i see ur desktop..? Kata 'acai', desktop, arrangement dan resolution komputer menggambarkan tingkahlaku kerja seseorang.. Betul ke acai? Hehehe….
This is mine (desktop opis)..
Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting) Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor Been using this desktop since : Januari 2007
Kaedah (sape yg tak tau) : Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..
Sorryla pada Cik Diari sbb lambat buat tag dia nie.. aku bz bebenOr ler.. tuh yang tak sempat tuh.. tp walaupOn lambat I tetap buat.. btol tak?? Hehehe..
Apa pOn aku taknak sebarkan tag nie pada sapa2.. tp kalO ader yang teragak nak buat aku tak kisah.. sukati kOrangla ekk.. muahahaha..
Letih.. lesu.. bingung.. mengong.. serabut.. kusut.. sangkak sume aku rasa saat nie.. bak kata orang “ pakej!!”.. hu3.. ntahla.. aku pon tak tau kenapa aku rasa camnie.. mmg skrg nie aku bz.. so, ader yang tak tercapai dek akal aku nie.. ( ala2 lagu elyana plak.. hu3 )..
Actually seronok aku tengok korang nyer gath aritu.. terserlah kemesraan dalam satu komuniti.. takpelah.. mungkin takde rezeki aku nak join kOrang.. next time maybe.. hu3..
Oklah.. aku takde idea nak letak entry nie.. keje menimbun atas table nie ha.. saje curik masa kejap nak merehatkan paler otak aku nie.. tu yg wat entry merapu nie kejap..
( p/s : akU sUka sgt lagU nie.. n akU gak tUjUkan lagU nie khas utk seseOrang.. akU minta maaf byk2 kalO akU ader menyakitkan ati kO tanpa akU sengaja.. apa yang berlakU di lUar kawalan aku.. harap kO mengerti.. )
Ada sesuatu yang memaksa aku untuk melangkah pergi buat sementara. Sekadar mencari kedamaian dihati. Aku pergi bukan kerana aku telah kalah namun aku pergi kerana telah dikesani aku hanyalah pelabuhan sepi. Mengharap adanya kapal yang sudi berlabuh bagi memberikan setitis keceriaan untukku mengukir senyuman. Tetapi bisakah untukku terus mengharung gelombang di laut dalam.. Atau lemaskah aku nanti kala semangatku menyembah bumi??Chewahhhhhhhhh..!! hikhik..
Aku benornya cuti arinie tapi terpaksa gak datang opis untuk settlekan keje2 yang urgent. Aku x suka tinggalkan keje aku camtu ajer..nak2 kalau aku akan bercuti. So, atas nama pekerja, aku datangla jugak walaupOn sekejap supaya keje2 yang ada tak bertangguh.. hu3..
Bila baca entry Cik Diari.. aku pon teringin nak gi jogging ler. Kalau CIk Diari gi jogging sebab nak kuruskan badan, aku plak gi jogging sebab nak mengisi masa terluang. Aku nak memBZkan diri aku sekarang nie. Aku nak carik balik LIFE yang dah lama aku tinggalkan. Dalam erti kata lain.. aku nak jadik SETANNNNNNN balik.. Tak guna aku terus - menerus macam nie. Biarlah aku terus melangkah walaupun hakikatnya aku sendiri x tau mana arah tujuan. Kalau sebelum nie aku jadi terlalu baik, tidak untuk masa yang akan datang. Aku akan cuba ubah untuk jadi SESUKA HATI aku.. Lantak pi la apa orang nak cakap. Aku dah letih.. Aku terlalu letih untuk menghadap sume mende2 nie. LIFE IS SHORT dol..!! so, pandai2 la ko menikmatinya.. muahahahaha ( gelak SETAN )..
Aku chalOoOo dulu ler.. Moga kOrang sume bahagia dalam kehidupan kOrang.. itu dOa aku..
Tempat : Office aku, Taman Tasik Titiwangsa n umah aku..
Semalam aku balik awal dari Opis. Saje malas nak duk kat dalam opis tuh lelama. Dah ler paler otak tengah serabut. Keje plak melambak-lambak. Adoi lar.. sebelum opis aku nie jadik bahagian ( before Unit jer ), keje aku takdelah byk mcm sekarang nie. Lum abis 1 keje..datang plak keje lain. Dulu atas table aku nie cantik jerk terletak but now macam tempat kucing nak beranak. Ada akak kat Opis aku tuh slalu cakap kat aku camnie.. “ Apa la nak jadi dengan hang nie Ryz Oii..!! Dulu tempat hang nie paling malatOpz kat sini tp la nie macam tempat kucin nak beranak.. Tempat kucin nak beranak pon xdalah lagu nie teruk..”.. muahahahaha…
Sebaik kuar dari opis, arah tuju aku nak ke Taman Tasik Titiwangsa. Actually dah lama aku tak kesana. Dalam keadaan aku sekarang nie, aku memerlukan tempat yang penuh ketenangan. Aku betul2 rindukan suasana yang tenang, hijau n sejuk mata memandang. Dalam paler otak aku nie itu jerla tempat yang sesuai n paling dekat aku bleh pegi. Ermm.. sampai jerk kat sana, aku amik port paling dekat dengan Eye On Malaysia. Perghhh.. memang best.. kalo ader member ler, memang aku jogging kat sini tiap2 petang. Mana ler tau bley kuruskan badan aku yg dah memang sedia kurus melidi nie. Hu3. sambil melepak tu jenuh aku nak cuci mata. Muahaha.. Tp niat nak mereleasekan tension tuh aku tetap buat beb. Aduhai.. betapa indahnya aku rasa bila ketenangan menyelinap di lubuk jiwa. Syahdu siOl.. hu3..
Lepak punya lepak tak sedar dah kul 8 pm. Ish.. lama gila aku kat sini. Ehh.. sib baik aku teringat. Kul 9 aku ader appointment dgn business partner aku ler.. ayOoOo.. sempat ke?? Kelam kabut aku balik beb. Sib baik tempat janji tuh dekat ngan area umah. Takdelah aku kalot sangat. Balik umah trus mandi n siap2 nak ke tempat tuh.. ngam2 jerk aku smpi kat sana.. terror kan aku.. muahaha..
Discussion settle dalam kul 12 tengah malam. adOi lar.. letihnya badan ngan paler otak aku nie. MAKAN UBAT TIME..!! bab nie yang paling aku lemah. Kalo tak makan nanti aku gak yang seksa. Dah makan ubat tu plak degil xnak masok dalam pewot nie. Duk tersangkut kat tekak jerk. Penyudahnya keluar balik ler.. hu3. dah2.. aku nak tidO nie.. esOk pagi nak bangun awal. Pusing kiri pusing kanan aku pOn tak sedor ntah kul brp aku lelap.. hu3..
( p/s : Aku masih disini.. memerhati mega mendung ntah bilakan berlalu
Sukar untuk ku nyatakan apa yang tersirat dihati. Segalanya amat payah untuk ku tempuhi. Benar, aku yang terlalu bermain dengan perasaan.Namun hakikat sebenarnya kasih sayang ini yang sering memaksaku terus bersamamu. Seringkali hatiku terguris dengan sikapmu. Saban waktu makian menjadi santapanku. Aku terima dengan rela hati. Ini kerana aku telah berjanji untuk menelan segala pahit manis yang kau hadiahkan buatku. Tidakkah kau sedar segalanya itu??
Kala kesusahan menjengukmu..kala masalah menerjah mindamu..aku tetap setia disini. Tak kira sekadar menjadi pendengar luahanmu atau membantu selagi dayaku. Aku rela menjadi lilin menerangi kehidupanmu. Andai kesusahan menjadi taruhanku untuk melihat kau gembira.. aku rela. Bukan aku meminta pembalasan atas apa yang ku lakukan. Cukup bagiku andai kau menghargai. Sungguh ku berbesar hati andainya aku tidak kau siakan..
Aku sedar..kau tidak mencintaiku sepertimana aku mencintaimu. Aku yakini dihatimu tiada ruang buatku. Aku redha.. Aku tetap terus menyayangimu seikhlasnya. Biar tuli telingaku mendengar makianmu.. Biar pedih jiwaku menahan seksamu.. namun tidak sesekali aku akan meninggalkanmu. Takkan ku mungkiri janji yang telah terpatri. Janji untuk terus menyayangi sampai akhir nanti..
Kau pintaku untuk memahamimu. Fahami segala yang kau mahu. Namun tidak pernah sekali kau menyatakannya. Tidakkah kau tahu bahawa aku jua manusia biasa sepertimu. Mana mungkin untuk aku memahami segala kehendakmu andai kau tidak meluahkan padaku. Arghh.. rawan jiwaku kini. Hidupku langsung tiada ceria. Senyumku sekadar menutup luka dihati. Gelak tawaku hanya memeriahkan suasana agar tiada insan tahu di dasar hati ini sering bergelut duka.
Akhirnya..tanpa ku sangka kau menyatakan sesuatu yang meranapkan segala rahsia kesabaranku. Kau akhirnya berjaya membuatkan aku mengundur diri. Ya, aku sedar kini. Cintaku tidak memberi sebarang erti buatmu. Airmata ini menjadi saksi. Bahawa bukan mudah untukku menerima kenyataan. Melupakanmu satu penderitaan. Itu tandanya dihatiku benar-benar wujud cinta buatmu. Biarlah..aku redha sebagaimana aku redha untuk bersamamu dulu. Mungkin ada rahmat tersendiri kau dan aku tidak sehaluan. Aku ingin bersendiri.. mencari kebahagiaan buat diri sendiri. Yang selama ini sering ku abaikan hanya untuk melihat kau bahagia.
Doaku, moga Allah memberkatimu. Sentiasa bersamamu kala susah atau senang. Usah dibebani hidupmu dengan ujian-Nya. Peliharalah kehidupanmu agar bahagia sentiasa. Aku tahu hidupmu sudah cukup terbeban dengan apa yang melanda. Apa yang aku risaukan, siapa yang akan mengingatkanmu untuk mengambil ubat tepat pada waktunya? Siapa yang akan menasihatkanmu jika jalan yang kau susuri jauh tersasar? Siapa yang akan menjadi pengganti ku yang bisa memahamimu?? Ya Allah Ya Tuhanku..permudahkanlah jalan buatnya setelah aku tiada disisinya nanti..
Hari ini, bermula episod baru dalam hidupku. Hari pertama yang akan aku jalani tanpamu menemani. InsyaAllah, akan aku susuri perjalananku ini dengan ketabahan. Biar sesekali terbit kenangan waktu bersama.. Akan ku cuba hindari dari terus mengingati. Bukan tandanya aku sudah membenci namun aku ingin melupakan agar kesedihan yang beraja dihati tidak berkekalan. Maafkan aku kerana terpaksa mungkiri janji yang terpatri.. Moga kau bahagia wahai insan kesayanganku…